Monday, November 30, 2009

Pembetulan Contact Number untuk Fun @ Masjid 5 November 2009

Salam semua.

Atas perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, pihak promosi PAKSI telah meletakkan nombor telefon yang salah untuk dihubungi.

Nombor telefon yang betul ialah
013 - 604 7207 dan bukannya 013 - 604 7202.

Harap maklum. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sunday, November 22, 2009

Fun @ Masjid with PAKSI


Adakah anak anda berumur 7 hingga 12 tahun?
Adakah mereka lapang pada 5 Disember ini?

JOM SERTAI!!

Fun @ Masjid with PAKSI

Maklumat adalah seperti di bawah:

Tarikh: Sabtu, 5 Disember 2009
Masa: 8:00 pagi hingga 4:30 petang
Tempat: Masjid Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Peserta: Tahun 1 hingga tahun 6 (7 - 12 tahun)
Yuran Pendaftaran: RM 10 sahaja (termasuk minum pagi, makan tengahari, dan minum petang)

Event Highlights:

* Word Search Puzzle
* Islamic Fun Quiz
* Scrabble
* Spelling Bee
* Solat Dhuha - pakaian solat perlu dibawa bersama
* Ceramah oleh Penceramah Cilik dari Indonesia


Berminat? Hubungi Cik Hasmuni 013 - 604 7207

Jangan lepaskan peluang ini untuk bergembira di masjid :)



Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

Saturday, November 14, 2009

Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009

Assalamualaikum.

Adalah dimaklumkan,
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
dgn kerjasama
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE)
akan menganjurkan
Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009:-


“Generasi Muda Menjana Transformasi Ummah”
22-25 Nov 2009 (Ahad – Rabu)
di Kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
Tiada Bayaran Dikenakan



Antara panel yang akan berada di konvesyen tersebut ialah:
Bro Lim Jooi Soon,
Ustaz Hasrizal,
Ustaz Zahazan,
Ust Ann Wan Seng,
Ustaz Pahrol,
Sdr Faisal Tehrani,
Dato Wan Mohamad,
Ustaz Mohd Farid Ravi
dan ramai lagi.

Berminat? Hubungi hamsatulazura@yahoo.com.

Sekian, terima kasih.

Monday, November 2, 2009

Tips Belajar dari Dr. Fadzilah Kamsah

TIPS 1:
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan.
Bertindaklah dengan cemerlang.


TIPS 2:
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.


TIPS 3:
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.


TIPS 4:
Kita mudah lupa apa yang kita dengar.
Kita sekadar tahu apa yang kita lihat.
Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.


TIPS 5:
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.


Sumber: Website E-Learning UPSR-5A

Tuesday, September 29, 2009

Pecutan Akhir SPM 2009

Assalamualaikum w.b.t

Berikut ialah program anjuran Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk pelajar-pelajar SPM 2009.


Nama Program : Pecutan Akhir SPM 2009
Tarikh / Hari : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan UKM
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Sasaran Peserta : 250 orang
Penyertaan : Pelajar Tingkatan 5
Pakaian : Sopan dan Menutup Aurat
Maklumat Lain : Makanan Disediakan
Yuran : Percuma



Penyertaan diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang menyertai program PTRS dan juga dibuka kepada pelajar luar DUN Bangi.

Untuk penyertaan dari pelajar2 selain mengikuti program PTRS harap dapat mendaftar dengan menghubungi saya melalui telefon @ SMS ke 0194328684 (Sakinah Ahmad).

Monday, September 7, 2009

17 Ramadhan

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(al-‘alaq:1-5)

-dipetik dari www.islam.gov.my-

Friday, September 4, 2009

Tahniah buat Lizawati

Assalamualaikum.

PAKSI Serdang mengucapkan tahniah kepada salah seorang ahli PAKSI Serdang iaitu Puan Lizawati yang telah melahirkan seorang bayi sihat seberat 3.2 kg beberapa hari yang lalu.

Semoga bertambah-tambah rezeki Puan Lizawati dan suami. InsyaAllah :)

Thursday, September 3, 2009

Program Quranic Circle (Tadarus Remaja)

Assalamualaikum.

Adik-adik remaja dijemput untuk menyertai Quranic Circle/Tadarus Remaja di Bulan Ramadhan ini.

Tempat: Masjid Hasanah
Tarikh: 6 September 2009 (Ahad)
Jam: 0830 - 1400

Sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya Khamis pada:

Cik Hasmuni 013-604 7207

Terima kasih.

Saturday, July 4, 2009

Gambar Program Smart Learning UPSR (Matematik)

Let the pictures do the talking :)

























More pics and vids will be updated later. So stay tuned! :D

Sunday, June 28, 2009

Program Smart Learning Berjalan Lancar

Alhamdulillah, Program Smart Learning Sains dan Matematik yang masing-masing diadakan semalam dan hari ini berjalan lancar.

Laporan dan gambar-gambar yang diambil sewaktu program tersebut akan di update di blog ini tak lama lagi, insyaAllah. Tunggu ya :)

Saturday, June 20, 2009

Smart Learning UPSR Ditunda Sekali Lagi

Assalamualaikum.

Smart Learning UPSR Sains & Matematik sekali lagi ditunda ke tarikh 27 & 28 Jun 2009 (Sabtu & Ahad).

Harap maklum. Mohon maaf di atas sebarang kesulitan.

Penyertaan masih dibuka!

Sila hubungi:
013-6047207 (Cik Hasmuni)
013-2274076 (Cik Izzah)
013-2109012 (Puan Liza)

Atau klik di sini untuk maklumat lanjut :)

Thursday, June 18, 2009

Senarai Peserta Smart Learning UPSR

Di bawah ialah senarai peserta-peserta (bukan PAKSI) Program Smart Learning UPSR Sains & Matematik yang akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini:

1) Muhd Afif b Ibrahim
2) Dhu Al-Hannan
3) Muhd Nur Shamil
4) Hanis Farihah bt Ahmad Wasfi
5) Siti Najwa Atiqah bt Nasarudin
6)Amirah Nur Eiman bt Azmi
7)Mohd Firdaus bin Mohd Nasir
8)Muhammad Syahmi bin Kamaruddin
9)Nor Marzuq bt Haji Noor Sham
10)Muhammad Nasrullah b. Mohd Abd Basir
11)Nur Aisyah Sofia bt Hamdy
12) Faten Nur Imaniena bt Saleh

Kepada yang belum mendaftar, sila berbuat demikian secepat mungkin :)

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Sunday, June 14, 2009

Smart Learning UPSR Ditunda

Assalamualaikum.

Adalah dimaklumkan bahawa Program Smart Learning UPSR untuk subjek Matematik dan Sains telah ditunda ke tarikh 20 & 21 Jun 2009.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Thursday, May 21, 2009

Peluang Pekerjaan Bersama PAKSI

Pusat Tuisyen Rakyat memerlukan tenaga pengajar untuk subjek berikut:

1) Sejarah (SPM) - 3
2) Bahasa Inggeris (SPM) - 2


Kelayakan:

1) Ijazah atau Diploma bidang Sejarah
3) Individu yang berpengalaman untuk mengajar subjek Sejarah SPM


Elaun akan diberikan kepada guru sebanyak RM 40/jam.

Sila hubungi Cik Sakinah di 019 432 8684 untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang peluang ini.




Sedikit sebanyak tentang Pusat Tuisyen Rakyat anjuran PAKSI:

Pada bulan Mei ini, Pusat Tuisyen Rakyat telah masuk ke bulan kedua. InsyaAllah, matlamat KPMI Adun Bangi dalam bulan Mei ini ialah penglibatan 100 orang pelajar bagi program PTRS. Sehingga kini, penglibatan pelajar ialah 37 orang. Kebanyakannya dari sekolah Jalan Reko, Jalan Bukit, dan Sek Men Jalan 3.

Program ini juga memerlukan khidmat tenaga pengajar bagi subjek Sejarah dan Bahasa Inggeris seperti yang dinyatakan di atas. Tenaga pengajar ini sangat diperlukan dan diharap dapat mengajar bermula bulan Mei ini.

Sunday, May 17, 2009

Program Smart Learning SPM 2009

Program Smart Learning
"Strategi Pelajar Cemerlang"

Pendaftaran dibuka untuk para pelajar tingkatan 4 & 5
iaitu calon-calon SPM

Tarikh: 23 Mei 2009 (Sabtu)
Tempat: Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan UKM
Masa: 8 pagi - 5 petang
Pakaian: Sopan dan menutup aurat

TIADA BAYARAN DIKENAKAN


Untuk penyertaan dan pendaftaran, sila hubungi
Sakinah Ahmad Akhri di 019 432 8684

Wednesday, May 6, 2009

Pendaftaran Dibuka untuk Program Smart Learning Matematik dan Sains UPSR

Program Smart Learning yang ditunggu-tunggu telah kembali!

Kali ini PAKSI menganjurkan Program Smart Learning untuk subjek Matematik dan Sains untuk pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 yang bakal menduduki UPSR.


Pamphlet Program Smart Learning Matematik & Sains UPSR
Klik gambar untuk paparan lebih besar


Maklumat adalah seperti di bawah:

BILA?
30 MEI 2009 (SABTU) : MATEMATIK
31 MEI 2009 (AHAD) : SAINS
8.30 pagi - 4.00 petang pada kedua-dua hari
DI MANA?
Dewan Serbaguna, Masjid As-Solihin, Teras Jernang, Bandar Baru Bangi

UNTUK SIAPA?
Pendaftaran dibuka untuk para pelajar Tahun 5 dan 6

TEMPAT SANGAT TERHAD KEPADA 20 PESERTA TERAWAL!

20 orang peserta untuk Smart Learning Matematik dan 20 peserta untuk Smart Learning Sains.

AKTIVITI?
0830: Pendaftaran
0845: Bacaan doa dan kata-kata aluan
0900: Slot Motivasi - Di Ambang Peperiksaan
1000: Slot 1 - Kertas 1
1100: Minum pagi
1120: Slot 2 - Latih tubi Kertas 1
1230: Makan tengahari dan solat Zohor
1345: Slot 3 - Kertas 2
1445: Slot 3 - Latih tubi Kertas 2
1545: Perasmian penutup dan penyampaian sijil oleh ADUN Bangi


HENDAKLAH BAWA BERSAMA:
Alat tulis, buku nota, kamus, pakaian solat (telekung sembahyang)

YURAN PENDAFTARAN?
RM 20 sahaja untuk 1 Smart Learning (Matematik ATAU Sains)
RM 35 sahaja untuk 2 Smart Learning (Matematik DAN Sains)
Sijil penyertaan, minum pagi, dan makan tengahari disediakan :)

ANDA BERMINAT?
Sila hubungi:
013-6047207 (Cik Hasmuni)
013-2274076 (Cik Izzah)
013-2109012 (Puan Liza)

JOM SERTAI!
IT'S GOING TO BE FUN!! :)


Program ini ialah anjuran PAKSI Serdang dengan kerjasama ADUN Bangi

Friday, May 1, 2009

Maklumat Tentang Kelas Halaqah Al-Quran

PAKSI Educare Serdang sedang menjalankan Kelas Halaqah Al-Quran untuk kanak-kanak dan orang dewasa di sekitar Bandar Baru Bangi.



WAKTU PENGAJIAN

Hari: Selasa hingga Khamis
Waktu: 8:15 hingga 9:30 malam

YURAN BULANAN

Kanak-kanak: RM20
Dewasa (20 tahun ke atas): RM30

MODUL

Modul untuk peringkat kanak-kanak:

10 Minit Pertama:
Mengikuti slot bercerita kisah-kisah dalam Al-Quran

10 Minit Kedua :
Mempelajari ilmu tajwid secara ringkas dan berperingkat

55 Minit Terakhir:
Bertalaqqi dengan guru dengan menggunakan sistem Qiraati


Modul untuk peringkat dewasa:

10 Minit Pertama:
Mengikuti slot penafsiran ayat tertentu dalam Al-Quran

10 Minit Kedua :
Mempelajari ilmu tajwid secara ringkas dan berperingkat

55 Minit Terakhir:
Bertalaqqi dengan guru

HUBUNGI

Emel: paksi.educare.serdang@gmail.com
Telefon:
013-3960274 (Norazlin bt Sarun)
017-9095792 (Raidah bt Ahmad)
013-9345105 (Zulhimi bin Abd.Rahman)

Wednesday, April 29, 2009

Pengenalan Kelas Halaqah Al-Quran

Kelas Halaqah Al-Quran merupakan salah satu inisiatif daripada PAKSI Educare Serdang.

Sebagaimana yang kita tahu, Al- Quran merupakan mu’jizat yang sesuai untuk sepanjang zaman. Sudah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk mempelajari Al-Quran, sama ada membaca dan memahami atau membacanya sahaja. Sebelum kita memahami Al-Quran, kita perlulah mengetahui bagaimana untuk membacanya dengan betul dan bertajwid.

Sabda nabi Muhammad SAW:

خيركم من تعلم القرآن و علمه

Maksudnya : “Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya”


OBJEKTIF:

1. Membimbing pelajar dalam membaca Al-Quran secara betul dan bertajwid
2. Membantu pelajar ke arah memahami Al-Quran

KEISTIMEWAAN:

1. Guru yang berpengalaman.
2. Menggunakan sistem pengajian bertalaqqi (berdepan dengan guru secara perseorangan)
3. Dapat memahami penafsiran Al-Quran
4. Dapat mengetahui kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran
5. Penumpuan penuh kepada setiap pelajar dengan menggunakan sistem seorang guru untuk 10 murid

MODUL

Modul untuk peringkat kanak-kanak:

10 Minit Pertama:
Mengikuti slot bercerita kisah-kisah dalam Al-Quran

10 Minit Kedua :
Mempelajari ilmu tajwid secara ringkas dan berperingkat

55 Minit Terakhir:
Bertalaqqi dengan guru dengan menggunakan sistem Qiraati


Modul untuk peringkat dewasa:

10 Minit Pertama:
Mengikuti slot penafsiran ayat tertentu dalam Al-Quran

10 Minit Kedua :
Mempelajari ilmu tajwid secara ringkas dan berperingkat

55 Minit Terakhir:
Bertalaqqi dengan guru

Tuesday, April 28, 2009

Fun With English Program

Another event successfully organized by PAKSI Educare Serdang.

Program name: Fun With English
Date: 15th March, 2009
Venue: PASTI Ar-Raudhah, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, Selangor
No. of participants: 50 participants (aged from 7 to 12 years old)


Participants playing scrabble


Watching video montage


Prize-giving ceremony


All of the participants and facilitators

Monday, April 27, 2009

Kenali PAKSI Educare Serdang Dengan Lebih Dekat

PAKSI Educare Serdang (Reg. No: 001509184-X) merupakan kependekan daripada Pusat Pemantapan Akademik dan Sakhsiyyah Islam yang membawa 'tag line' A Stop to Better Education.

Melihat kepada kepincangan sakhsiah dan akademik para remaja Islam, masyarakat Islam Malaysia perlu berperanan menjadi suatu agen perubahan bagi membina semula peribadi unggul generasi muda Islam serta berusaha mendekati golongan ini.


Atas kesedaran ini, PAKSI diwujudkan dengan matlamat menggembeling tenaga muslimin dan muslimat khususnya tenaga muda dan akademik untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha mendekati golongan belia dan remaja melalui program-program pemantapan akademik dan sakhsiyyah Islam.

MISI PAKSI

Misi PAKSI ialah untuk melahirkan remaja Islam yang mempunyai akademik dan sakhsiyyah Islam yang unggul.


VISI PAKSI

Visi PAKSI ialah untuk menjadi sebuah pusat latihan akademik dan pemantapan sakhsiyyah Islam yang unggul.


MENGAPA PAKSI?

PAKSI berbeza berbanding pusat-pusat tuisyen lain kerana kami menawarkan pakej 2 dalam 1 iaitu:

1. Mengadakan pusat tuisyen bagi memastikan kecemerlangan kanak-kanak dan remaja Islam dalam akademik agar akhirnya dapat memberi sumbangan kepada kemajuan umat Islam.


2. Membina akhlak dan peribadi kanak-kanak dan remaja Islam melalui program-program peningkatan iman, motivasi dan perkhemahan.


BAGAIMANA MENGHUBUNGI PAKSI?

Emel: paksi.educare.serdang@gmail.com
Telefon: 013-3960274 (Norazlin binti Sarun)atau 012-9283560 (Zulhimi bin Abd Rahman)

LANGKAH SETERUSNYA

1. Mendaftarkan anak-anak anda di PAKSI
2. Mengwar-warkan usaha PAKSI ini kepada sanak-saudara, rakan-rakan dan masyarakat umum yang lain
3. Menaja perbelanjaan tuisyen anak-anak yatim piatu, anak-anak yang miskin agar mereka berpeluang menerima pendidikan yang sempurna
4. Menyalurkan sumbangan kewangan untuk membiayai operasi PAKSI seperti premis, bahan-bahan rujukan, serta program-program yang bakal dianjurkan