Wednesday, April 29, 2009

Pengenalan Kelas Halaqah Al-Quran

Kelas Halaqah Al-Quran merupakan salah satu inisiatif daripada PAKSI Educare Serdang.

Sebagaimana yang kita tahu, Al- Quran merupakan mu’jizat yang sesuai untuk sepanjang zaman. Sudah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk mempelajari Al-Quran, sama ada membaca dan memahami atau membacanya sahaja. Sebelum kita memahami Al-Quran, kita perlulah mengetahui bagaimana untuk membacanya dengan betul dan bertajwid.

Sabda nabi Muhammad SAW:

خيركم من تعلم القرآن و علمه

Maksudnya : “Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya”


OBJEKTIF:

1. Membimbing pelajar dalam membaca Al-Quran secara betul dan bertajwid
2. Membantu pelajar ke arah memahami Al-Quran

KEISTIMEWAAN:

1. Guru yang berpengalaman.
2. Menggunakan sistem pengajian bertalaqqi (berdepan dengan guru secara perseorangan)
3. Dapat memahami penafsiran Al-Quran
4. Dapat mengetahui kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran
5. Penumpuan penuh kepada setiap pelajar dengan menggunakan sistem seorang guru untuk 10 murid

MODUL

Modul untuk peringkat kanak-kanak:

10 Minit Pertama:
Mengikuti slot bercerita kisah-kisah dalam Al-Quran

10 Minit Kedua :
Mempelajari ilmu tajwid secara ringkas dan berperingkat

55 Minit Terakhir:
Bertalaqqi dengan guru dengan menggunakan sistem Qiraati


Modul untuk peringkat dewasa:

10 Minit Pertama:
Mengikuti slot penafsiran ayat tertentu dalam Al-Quran

10 Minit Kedua :
Mempelajari ilmu tajwid secara ringkas dan berperingkat

55 Minit Terakhir:
Bertalaqqi dengan guru

No comments: