Monday, November 2, 2009

Tips Belajar dari Dr. Fadzilah Kamsah

TIPS 1:
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan.
Bertindaklah dengan cemerlang.


TIPS 2:
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.


TIPS 3:
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.


TIPS 4:
Kita mudah lupa apa yang kita dengar.
Kita sekadar tahu apa yang kita lihat.
Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.


TIPS 5:
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.


Sumber: Website E-Learning UPSR-5A

No comments: