Wednesday, April 29, 2009

Pengenalan Kelas Halaqah Al-Quran

Kelas Halaqah Al-Quran merupakan salah satu inisiatif daripada PAKSI Educare Serdang.

Sebagaimana yang kita tahu, Al- Quran merupakan mu’jizat yang sesuai untuk sepanjang zaman. Sudah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk mempelajari Al-Quran, sama ada membaca dan memahami atau membacanya sahaja. Sebelum kita memahami Al-Quran, kita perlulah mengetahui bagaimana untuk membacanya dengan betul dan bertajwid.

Sabda nabi Muhammad SAW:

خيركم من تعلم القرآن و علمه

Maksudnya : “Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya”


OBJEKTIF:

1. Membimbing pelajar dalam membaca Al-Quran secara betul dan bertajwid
2. Membantu pelajar ke arah memahami Al-Quran

KEISTIMEWAAN:

1. Guru yang berpengalaman.
2. Menggunakan sistem pengajian bertalaqqi (berdepan dengan guru secara perseorangan)
3. Dapat memahami penafsiran Al-Quran
4. Dapat mengetahui kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Quran
5. Penumpuan penuh kepada setiap pelajar dengan menggunakan sistem seorang guru untuk 10 murid

MODUL

Modul untuk peringkat kanak-kanak:

10 Minit Pertama:
Mengikuti slot bercerita kisah-kisah dalam Al-Quran

10 Minit Kedua :
Mempelajari ilmu tajwid secara ringkas dan berperingkat

55 Minit Terakhir:
Bertalaqqi dengan guru dengan menggunakan sistem Qiraati


Modul untuk peringkat dewasa:

10 Minit Pertama:
Mengikuti slot penafsiran ayat tertentu dalam Al-Quran

10 Minit Kedua :
Mempelajari ilmu tajwid secara ringkas dan berperingkat

55 Minit Terakhir:
Bertalaqqi dengan guru

Tuesday, April 28, 2009

Fun With English Program

Another event successfully organized by PAKSI Educare Serdang.

Program name: Fun With English
Date: 15th March, 2009
Venue: PASTI Ar-Raudhah, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, Selangor
No. of participants: 50 participants (aged from 7 to 12 years old)


Participants playing scrabble


Watching video montage


Prize-giving ceremony


All of the participants and facilitators

Monday, April 27, 2009

Kenali PAKSI Educare Serdang Dengan Lebih Dekat

PAKSI Educare Serdang (Reg. No: 001509184-X) merupakan kependekan daripada Pusat Pemantapan Akademik dan Sakhsiyyah Islam yang membawa 'tag line' A Stop to Better Education.

Melihat kepada kepincangan sakhsiah dan akademik para remaja Islam, masyarakat Islam Malaysia perlu berperanan menjadi suatu agen perubahan bagi membina semula peribadi unggul generasi muda Islam serta berusaha mendekati golongan ini.


Atas kesedaran ini, PAKSI diwujudkan dengan matlamat menggembeling tenaga muslimin dan muslimat khususnya tenaga muda dan akademik untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha mendekati golongan belia dan remaja melalui program-program pemantapan akademik dan sakhsiyyah Islam.

MISI PAKSI

Misi PAKSI ialah untuk melahirkan remaja Islam yang mempunyai akademik dan sakhsiyyah Islam yang unggul.


VISI PAKSI

Visi PAKSI ialah untuk menjadi sebuah pusat latihan akademik dan pemantapan sakhsiyyah Islam yang unggul.


MENGAPA PAKSI?

PAKSI berbeza berbanding pusat-pusat tuisyen lain kerana kami menawarkan pakej 2 dalam 1 iaitu:

1. Mengadakan pusat tuisyen bagi memastikan kecemerlangan kanak-kanak dan remaja Islam dalam akademik agar akhirnya dapat memberi sumbangan kepada kemajuan umat Islam.


2. Membina akhlak dan peribadi kanak-kanak dan remaja Islam melalui program-program peningkatan iman, motivasi dan perkhemahan.


BAGAIMANA MENGHUBUNGI PAKSI?

Emel: paksi.educare.serdang@gmail.com
Telefon: 013-3960274 (Norazlin binti Sarun)atau 012-9283560 (Zulhimi bin Abd Rahman)

LANGKAH SETERUSNYA

1. Mendaftarkan anak-anak anda di PAKSI
2. Mengwar-warkan usaha PAKSI ini kepada sanak-saudara, rakan-rakan dan masyarakat umum yang lain
3. Menaja perbelanjaan tuisyen anak-anak yatim piatu, anak-anak yang miskin agar mereka berpeluang menerima pendidikan yang sempurna
4. Menyalurkan sumbangan kewangan untuk membiayai operasi PAKSI seperti premis, bahan-bahan rujukan, serta program-program yang bakal dianjurkan