Tuesday, September 29, 2009

Pecutan Akhir SPM 2009

Assalamualaikum w.b.t

Berikut ialah program anjuran Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk pelajar-pelajar SPM 2009.


Nama Program : Pecutan Akhir SPM 2009
Tarikh / Hari : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan UKM
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Sasaran Peserta : 250 orang
Penyertaan : Pelajar Tingkatan 5
Pakaian : Sopan dan Menutup Aurat
Maklumat Lain : Makanan Disediakan
Yuran : Percuma



Penyertaan diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang menyertai program PTRS dan juga dibuka kepada pelajar luar DUN Bangi.

Untuk penyertaan dari pelajar2 selain mengikuti program PTRS harap dapat mendaftar dengan menghubungi saya melalui telefon @ SMS ke 0194328684 (Sakinah Ahmad).

Monday, September 7, 2009

17 Ramadhan

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(al-‘alaq:1-5)

-dipetik dari www.islam.gov.my-

Friday, September 4, 2009

Tahniah buat Lizawati

Assalamualaikum.

PAKSI Serdang mengucapkan tahniah kepada salah seorang ahli PAKSI Serdang iaitu Puan Lizawati yang telah melahirkan seorang bayi sihat seberat 3.2 kg beberapa hari yang lalu.

Semoga bertambah-tambah rezeki Puan Lizawati dan suami. InsyaAllah :)

Thursday, September 3, 2009

Program Quranic Circle (Tadarus Remaja)

Assalamualaikum.

Adik-adik remaja dijemput untuk menyertai Quranic Circle/Tadarus Remaja di Bulan Ramadhan ini.

Tempat: Masjid Hasanah
Tarikh: 6 September 2009 (Ahad)
Jam: 0830 - 1400

Sila sahkan kehadiran selewat-lewatnya Khamis pada:

Cik Hasmuni 013-604 7207

Terima kasih.