Monday, November 30, 2009

Pembetulan Contact Number untuk Fun @ Masjid 5 November 2009

Salam semua.

Atas perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, pihak promosi PAKSI telah meletakkan nombor telefon yang salah untuk dihubungi.

Nombor telefon yang betul ialah
013 - 604 7207 dan bukannya 013 - 604 7202.

Harap maklum. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sunday, November 22, 2009

Fun @ Masjid with PAKSI


Adakah anak anda berumur 7 hingga 12 tahun?
Adakah mereka lapang pada 5 Disember ini?

JOM SERTAI!!

Fun @ Masjid with PAKSI

Maklumat adalah seperti di bawah:

Tarikh: Sabtu, 5 Disember 2009
Masa: 8:00 pagi hingga 4:30 petang
Tempat: Masjid Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Peserta: Tahun 1 hingga tahun 6 (7 - 12 tahun)
Yuran Pendaftaran: RM 10 sahaja (termasuk minum pagi, makan tengahari, dan minum petang)

Event Highlights:

* Word Search Puzzle
* Islamic Fun Quiz
* Scrabble
* Spelling Bee
* Solat Dhuha - pakaian solat perlu dibawa bersama
* Ceramah oleh Penceramah Cilik dari Indonesia


Berminat? Hubungi Cik Hasmuni 013 - 604 7207

Jangan lepaskan peluang ini untuk bergembira di masjid :)



Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar.

Saturday, November 14, 2009

Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009

Assalamualaikum.

Adalah dimaklumkan,
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
dgn kerjasama
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE)
akan menganjurkan
Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan 2009:-


“Generasi Muda Menjana Transformasi Ummah”
22-25 Nov 2009 (Ahad – Rabu)
di Kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
Tiada Bayaran Dikenakan



Antara panel yang akan berada di konvesyen tersebut ialah:
Bro Lim Jooi Soon,
Ustaz Hasrizal,
Ustaz Zahazan,
Ust Ann Wan Seng,
Ustaz Pahrol,
Sdr Faisal Tehrani,
Dato Wan Mohamad,
Ustaz Mohd Farid Ravi
dan ramai lagi.

Berminat? Hubungi hamsatulazura@yahoo.com.

Sekian, terima kasih.

Monday, November 2, 2009

Tips Belajar dari Dr. Fadzilah Kamsah

TIPS 1:
Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan.
Bertindaklah dengan cemerlang.


TIPS 2:
Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisplin sepanjang hayat.


TIPS 3:
Semua orang ingin berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.


TIPS 4:
Kita mudah lupa apa yang kita dengar.
Kita sekadar tahu apa yang kita lihat.
Kita akan faham apa yang kita amalkan atau praktikkan.


TIPS 5:
Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.


Sumber: Website E-Learning UPSR-5A